300x250 AD TOP

Kamis, 15 Maret 2018

Tagged under:

Tanggungjawab Muslim

ONE DAY ONE HADIST

Kamis, 15 Maret  2018 M / 28 Jumadil Akhir 1439 H .

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَرَدِّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَنَهَانَا عَنْ آنِيَةِ الْفِضَّةِ وَخَاتَمِ الذَّهَبِ وَالْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَالْقَسِّيِّ وَالْإِسْتَبْرَقِ

Dari Al Bara' bin 'Azib RA berkata: "Nabi SAW memerintahkan kami dengan tujuh jenis perintah dan melarang kami dengan tujuh jenis larangan. Baginda memerintahkan kami untuk; mengiringi jenazah, mengunjungi orang yang sakit, memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi (teraniaya), mematuhi sumpah, menjawab salam dan mendoakan orang yang bersin. Baginda melarang kami dari menggunakan perkakas yang diperbuat dari perak, memakai cincin emas, memakai kain sutera kasar, sutera halus, baju bersulam sutera dan sutera tebal". (HR Bukhari No: 1163) Status: Hadis Sahih

Kandungan hadits

Tanggungjawab Muslim kepada saudaranya antara lain

1.  Mengiringi jenazah hingga ke kubur setelah menshalati
dan mendoakan.

2.  Mengunjungi orang yang sakit sebagai bukti masih ada rasa kasih sayang sesama Muslim

3.  Memenuhi undangan sebagai tanda nilai nilai hidup bermasyarakat masih hidup,  seperti undangan perkawinan.

4.  Menolong orang yang dizalimi (teraniaya) sebagai tanggungjawab menganjurjan yang makruf dan mencegah mungkar

5.  Menunaikan sumpah adalah wajib selagi bukan perkara maksiat

6.  Menjawab salam apabila bertemu sebagai dorongan sifat kasih sayang dan mengikat ukhuwah.

7.  Mendoakan orang yang bersin semoga dia memperolehi rahmat

Menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menjauhi perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW antaranya:

a.  Menggunakan  peralatan dapur yang diperbuat dari emas dan perak

b.  Memakai cincin emas bagi lelaki

c.  Memakai pelbagai jenis kain sutera bagi kaum lelaki: sutera  kasar, sutera halus, baju bersulam sutera dan sutera tebal

0 comments:

Posting Komentar