300x250 AD TOP

Minggu, 11 Maret 2018

Tagged under:

Manusia dan Kehidupan

ONE DAY ONE HADIST

Ahad,  11 Maret  2018 M / 24 Jumadil Akhir 1439 H .

بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بن مَسْعُود قَالَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا

Dari Abdullah bin Masud mengatakan, telah menceritakan kepada kami Rasulullah SAW seorang yang jujur lagi di benarkan, baginda bersabda: "Sungguh salah seorang diantara kalian diciptakan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari daripada air mani, kemudian menjadi segumpal darah juga seperti itu (40 hari), kemudian menjadi segumpal daging juga seperti itu (40 hari), kemudian Allah mengutus malaikat bagi meniupkan ruh padanya, dan diperintahkannya menulis empat perkara iaitu; rezekinya, umurnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya.' Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sungguh salah seorang dari kamu mengerjakan amal perbuatan ahli syurga, sehingga jarak antara dirinya dan syurga hanyalah satu hasta, namun suratan takdir telah ditetapkan baginya lalu ia mengerjakan amal perbuatan ahli neraka dan akhirnya ia pun masuk neraka. Ada pula seorang yang mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, hingga jarak antaranya dan neraka hanya satu hasta, namun suratan takdir telah ditetapkan baginya hingga kemudian ia mengerjakan amal perbuatan ahli syurga dan akhirnya ia pun masuk syurga.'

(HR Muslim No: 4781) Status: Hadis Sahih

Kandungan hadits

1.  Allah telah menetapkan proses kejadian manusia di dalam rahim ibu melalui 4 tahap

a.  Air mani yang dihimpunkan dengan seperma wanita selama empat puluh hari

b.  Segumpal darah dimana air mani menjadi segumpal darah  selama empat puluh hari

c.  Segumpal daging setelah menjadi segumpal darah selama empat puluh hari

d.  Ditiupkan ruh oleh malaikat menjelang janin berumur 120 hari dan malaikat menulis empat perkara iaitu; rezekinya, umurnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya

2.  Manusia dijadikan dari air mani menunjukkan bahwa manusia adalah makhluk yang lemah dan memerlukan pertolongan Allah.

3.  Manusia diciptakan dari dua unsur yang penting, yaitu unsur jasmani dan rohani. Kedua unsur tersebut memerlukan tuntutan dan keperluan yang berbeda. Jasad memerlukan kepada makanan dan minuman serta keperluan fisik lainnya. Begitu juga rohani memerlukan makanan dalam bentuk dzikrullah dan ibadah.

4.  Manusia diperintahkan supaya sentiasa  berikhtiar serta berdoa dan mengharap rahmat Allah agar sentiasa berada dijalan yang diridhai Allah untuk mendapat balasan syurga.

5.  Balasan syurga itu bergantung kepada rahmat Allah, istiqamah dengan amal saleh hingga akhir hayat. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW agar kita tetap di atas agama ini:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

0 comments:

Posting Komentar