300x250 AD TOP

Kamis, 27 September 2018

Tagged under:

Sabar dan Syukur

ONE DAY ONE HADITS

Rabu,  27 September 2018 M / 16 Muharram 1440 H

بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Dari Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin karena setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(HR Muslim No: 2999)

Kandungan hadits

1.  Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

2.  Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah karena hatinya sentiasa ber keluh kesah, tidak siap menerima ujian. Padahal di setiap level kehidupan bila ingin naik kedudukan harus melalui ujian.

3.   Ketika  seseorang mendapat kebaikan bersyukur itu baik baginya dan bersabar apabila ditimpa musibah itupun baik untuk nya. Sabar dan syukur ketika ditempatkan secara proporsional akan mengantarkan pada   ketenangan dan kebahagiaan hidup.

0 comments:

Posting Komentar